
Pada 07 Julai 2025 (Isnin), Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam dan Unit Pentadbiran UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu akan mengadakan Program Cintai Ilmu (PROCIL Siri 5/2025) Ceramah yang bertajuk Hijrah Jiwa, Hijrah Amal bermula 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari.
Perkongsian ini telah disampaikan oleh Ustaz Wan Anuar bin Wan Mamat merupakan Pensyarah UiTMCT Kampus Dungun. Program ini dijalankan secara bersemuka di Perpustakaan Cendekiawan dan secara atas talian menggunakan Facebook Unit Korporat UiTM Kampus Kuala Terengganu. Seramai 90 orang telah menyertai program yang dijalankan selama 2 jam.



Bulan Muharram merupakan bulan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, dimana Muharram menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar Islam. Malah, umat islam juga diingatkan bahawa peperangan dan pertumpahan darah dilarang dalam bulan yang mulia ini.



Selain meningkatkan dan memperbaiki amal ibadah kita, umat Islam diingatkan bahawa untuk menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat kerana setiap pahala dan dosa yang dilakukan akan dilipatgandakan.
Semoga perkongsian ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada kita semua.
Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu