Program Cintai Ilmu (PROCIL Siri 4/2025)

Pada 25 Mac 2025 (Selasa), Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam dan Unit Pentadbiran UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu akan mengadakan Program Cintai Ilmu (PROCIL Siri 4/2025) bersempena World #QuranHour yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia.  Ceramah yang bertajuk Andai Ini Ramadhan Terakhirku bermula 09.00 pagi sehingga 10.30 pagi.

Perkongsian ini telah disampaikan oleh Ustazah Siti Rohayu Jusoh merupakan Pendakwah Bebas dan Puan Nurmaisari Che Anuar selaku Moderator. Program ini dijalankan secara bersemuka di Surau Destini Ar-Raudhah, UiTMCTKKT dan secara atas talian menggunakan Facebook Unit Korporat UiTM Kampus Kuala Terengganu. Seramai 140 orang telah menyertai program yang dijalankan selama 1 jam 30 minit. 

Di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, pelbagai amalan yang dapat kita laksanakan antaranya berselawat, bersedekah, dan membaca Al-Quran. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Andai ini Ramadhan Terakhirku, pertemukanlah Malam Lailatul Qadar kepada umatmu yang terpilih. 

Di samping itu, sempena WORLD #QuranHour, bacaan ayat Al-Quran Surah Al-Saff turut dibaca oleh Puan Mazliza Mohd@Abdullah, Pembantu Pustakawan Kanan bersama-sama warga kampus. 

Semoga perkongsian ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada kita semua. 

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply