
Pada 17 Mac 2025 (Isnin), Unit Hal Ehwal Islam dengan Kerjasama Unit Perpustakaan Cendekiawan dan Unit Pentadbiran UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan Program Cintai Ilmu (PROCIL Siri 3/2025) yang bertajuk Jadilah Hamba Allah, Bukan Hamba Ramadhan bermula 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ustaz Wahairi Mahmud merupakan bekas Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Terengganu dan Ustaz Mohd Shahnizam Azmi, Penolong Pendaftar Kanan selaku Moderator. Program ini dijalankan secara bersemuka dan atas talian menggunakan Facebook Unit Korporat UiTM Kampus Kuala Terengganu. Seramai 150 orang telah menyertai program yang dijalankan selama 1 jam 30 minit.


Semoga amalan yang kita lakukan berterusan tanpa rasa penat dan lelah. Sesungguhnya setiap amalan yang dilaksanakan akan mendapat ganjaran pahala yang berlimpah ganda dariNya.



Semoga perkongsian ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada kita semua.
Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu