Tajuk : “Smart Searching: Best Practices & Tricks for Students”
Tarikh : 28/10/2024 Masa : 11.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Al- Bukhari UiTM Cawangan Pahang
Pihak perpustakaan telah menerima lawatan daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, Jalan Gambang, Taman Pandan Damai yang terdiri daripada 30 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Muniratul Husna binti Mohamad Zaki Pustakawan berkaitan pencarian maklumat di internet “Smart Searching: Best Practices & Tricks for Students”. Selain itu para pelajar di beri pendedahan bagaimana perpustakaan di universiti beroperasi serta melihat kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan yang di sediakan.
Semoga lawatan ini dapat meningkatkan semangat pelajar-pelajar untuk terus menuntut ilmu. Lawatan ini dapat menyokong SDG 4 : Quality Education yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.




Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan