Taklimat Perpustakaan : Information Literacy Program

21 Mac 2025, Jumaat – PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Taklimat Perpustakaan : Information Literacy bagi program Minggu Destini Siswa (MDS) sempena pendaftaran pelajar baharu sesi Mac – Ogos 2025. Taklimat perpustakaan ini telah dijalankan secara atas talian, menggunakan platform Google Meet, 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Taklimat disampaikan oleh Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada sumber maklumat yang relevan, kaedah pencarian maklumat yang efektif, penggunaan PTAR Mobile App, serta platform digital lain seperti Permata Search. Selain itu, program ini juga bertujuan mempromosikan aktiviti perpustakaan, meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kemudahan yang disediakan, dan memupuk kemahiran literasi maklumat bagi menyokong pembelajaran serta penyelidikan mereka sepanjang tempoh pengajian.

Semoga dengan adanya taklimat seperti ini, dapat mempromosikan PTAR UiTM di kalangan para pelajar baharu agar dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR dalam mencari bahan penyelidikan, pembelajaran dan rujukan sebaiknya.

Sekitar taklimat disampaikan oleh Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

Ditulis oleh : Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah


Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply