PROGRAM ERUDITE DISCUSSION CDC & NCD

Pada 12 November 2024, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang yang bertempat di LCE Ptar Bertam, program ERUDITE DISCUSSION: CDC & NCD anjuran HEP dengan Kerjasama PTAR Bertam telah berjaya dilaksanakan dengan dihadiri sebanyak 111 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UiTM CPP kampus Bertam. Program ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di Persiaran Perindustrian Bertam Perdana, Kepala Batas, anggota kesihatan Unit Inspektorat, Klinik-Klinik Kesihatan dibawah SPU, dan para pelajar dan staff Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. Program ini telah berjalan dengan jayanya dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

SESI “ICE BREAKING” BERSAMA PESERTA

Aktiviti explorace telah dijalankan dengan jayanya bersama kerjasama antara Unit Kawalan Penyakit
Berjangkit PKDSPU dan Kelab Environmental Health Students Associations (EHSAn) UiTM. Sebanyak 15 stesen diadakan untuk aktiviti explorace dengan masa bagi setiap stesen sebanyak 10 minit disediakan. Aktiviti bagi setiap stesen adalah berkaitan dengan penyakit-penyakit berjangkit yang berada di dalam lokaliti Bertam Perdana.

Program ini memberi kesedaran kepada komuniti terutamanya para pelajar universiti berkaitan kes-kes penyakit berjangkit di dalam lokaliti Perindustrian Bertam Perdana terutamanya Tibi, Kusta, HIV, AIDS, COVID-19 dan penyakit NCD.Program ini juga dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat berkaitan Pendidikan Kesihatan terhadap kes-kes penyakit berjangkit yang telah berada di dalam lokaliti tempatan di kawasan Perindustrian Bertam Perdana.

SEBELUM MEMULAKAN AKTIVITI EXPLORACE

SESI PENYAMPAIAN HADIAH KUIZ KAHOOT

Nurhayati Hassan PTAR Bertam P. Pinang

Leave a Reply