Ringkasan:
Telah diadakan satu sesi perkongsian berkenaan pangkalan data dalam talian perpustakaan kepada 75 orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan untuk subjek HTM 606 dan HTM 655 pada 8 November 2024, Jumaat yang lalu. Pengisian sesi didahului oleh panel jemputan dari industri iaitu En, Muhamad Haziqh bin Ramlan, Hospitality Specialist dari Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd., yang membentangkan pengalaman dan pembahagian masa beliau menyiapkan tugasan akademik semasa menjalani latihan industri. Beliau juga ialah alumni UiTM Cawangan Terengganu. Kemudian program disusuli pula dengan pembentangan oleh Cik Asmahani Abdullah, panel jemputan dari Perpustakaan Cendekiawan, yang memperincikan strategi pencarian maklumat melalui sumber rujukan perpustakaan. Objektif utama program Collaborative Teaching ini adalah untuk memberi panduan kepada para pelajar untuk menyiapkan projek tahun akhir mereka. Platform secara dalam talian digunakan agar membolehkan capaian kepada semua pelajar yang berada di pelbagai lokasi, dan diadakan pada hujung minggu bagi membolehkan semua pelajar hadir mengikuti sesi perkongsian ini.
Semoga apa yang dikongsikan dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua yang hadir.
Disediakan oleh: Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan.