Pada 22 Oktober 2024 (Selasa), Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu telah melaksanakan Collaborative Teaching bersama Final Year Project (FYP) Student mengenai Library Online Databases. Program bermula 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi yang dikendalikan oleh Dr Najiahtul Syafiqah Binti Ismail dan Puan Nurmaisari Che Anuar sebagai penceramah dan dilaksanakan secara bersemuka di Dewan Akademik, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu.
Collaborative Teaching ini disertai oleh 39 orang pelajar semester akhir CSP600 dan seorang pensyarah. Ia merupakan salah satu inisiatif pensyarah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dalam pencarian sumber bagi penyediaan tesis dengan menggunakan pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan. Pelbagai teknik dan tips yang diberikan bagi memudahkan pelajar mencari maklumat yang tepat dan berkualiti untuk dijadikan sebagai sumber rujukan.
Selain itu, beberapa demo turut dilakukan bagi memberi pandangan awal kepada pelajar untuk mengakses pangkalan data dan cara yang tepat untuk mencari bahan. Penerangan ringkas turut diberikan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan dan beberapa pautan lain untuk mencari pencarian buku di perpustakaan seperti Online Public Access Catalog (OPAC).
Semoga program ini dapat diteruskan untuk memberi pendedahan mengenai perkhidmatan perpustakaan selaras dengan keperluan warga kampus. Di samping itu, ia juga menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti.
Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu