8 Mei 2025: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar bersama SMK Lambor Kiri telah berjaya menjalankan program kolaborasi yang diadakan pada 1 April 2026 bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini melibatkan seramai 41 orang peserta termasuk dua orang guru pengiring yang terdiri daripada pelajar SMK Lambor Kiri. Kehadiran peserta telah memeriahkan suasana program di samping menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menimba ilmu serta pengalaman baharu.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan dua pengisian utama iaitu Program Speed Reading yang memberi pendedahan kepada teknik membaca pantas dan efektif bagi meningkatkan kefahaman serta kecekapan membaca. Selain itu, Kursus Asas Penjilidan Buku turut diperkenalkan bagi memberi kemahiran asas dalam proses penjilidan buku secara praktikal, sekali gus memupuk minat terhadap pemeliharaan bahan bacaan. Kedua-dua pengisian ini telah memberikan nilai tambah yang signifikan kepada para peserta dari aspek kemahiran pembelajaran dan praktikal.
Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, malah membuka ruang kolaborasi yang lebih erat antara institusi pendidikan dan perpustakaan akademik. Pihak PTAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar inisiatif seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha melahirkan generasi yang celik ilmu dan berkemahiran tinggi.






Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar