PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang bagi mengikuti Program Speed Reading pada 15 Ogos 2024 yang lalu. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bacaan pantas tanpa mengurangkan pemahaman tentang teks yang dibaca dan teknik-teknik bacaan pantas yang boleh diaplikasi di dalam pembacaan seharian.
Program ini telah dikendalikan oleh Puan Nur Azriena, Pembantu Pustakawan Kanan bersama 2 orang fasilitator iaitu Puan Noor Sapiza, Pembantu Pustakawan dan Puan Haslina, Pembantu Pustakawan Kanan. Semasa program berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan asas dan teknik bacaan pantas serta latihan membaca yang dapat membantu pembacaan yang efektif. Terdahulu, para pelajar telah mengikuti sesi motivasi dan lawatan pendidikan kerjaya bersama Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Program diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata dan sesi bergambar bersama-sama semua pelajar dan guru pengiring yang hadir.
Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan