Jom Masuk PTAR

Program JOM MASUK PTAR telah diadakan pada 15hb Mei 2024 (Rabu) bertempat di PTAR UiTM Cawangan Sabah anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sabah.

Pelbagai acara telah diadakankan seperti Checkpoint 1: Mobile library, Checkpoint 2: Kertas Beracun dan Checkpoint 3: Kenali “PTAR”. Seramai 300 orang pelajar telah menyertai program ini yang sambutan di kalangan pelajar amatlah menggalakkan.

Secara tidak langsung, objektif utama program ini telah tercapai dimana lebih ramai lagi pelajar telah mengenali PTAR, dan mengetahui semua kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR UiTM Cawangan Sabah.

Editor : Sharmila Binti Tawakkal, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Sabah

Avatar photo
Marlia binti Yuming PTAR Kota Kinabalu Sabah

Leave a Reply