Isnin,
13 Syawal 1445H,
22 April 2024M:
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM (PTAR) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Risiko Psikososial Tempat Kerja pada:
Tarikh: 22 April 2024 (Isnin)
Masa:9:30 pagi
Tempat: Ruang LCE, PTAR
Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib telah sudi menyempurnakan majlis perasmian di hadapan hampir 80 orang yang terdiri daripada Presiden MITASA YBrs. Saharuddin Lin dan Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi Haji Jantan.
Profesor Datuk Dr. Shahrin menyatakan penganjuran program Saringan Psikososial Tempat Kerja adalah bertepatan dengan waktunya berikutan trend gangguan psikologi ditempat kerja semakin meningkat. Justeru, warga UiTM digalakkan merebut peluang ini bagi menjamin kesihatan mental individu.
Majlis berakhir jam 1:00 petang.
Tetamu kehormat
Sebahagian pelajar yang hadir.
Pengacara majlis Puan Siti Salwa A. Rahman, Pustakawan Kanan PTAR
Pembaca doa Ustaz Mohammad Shaffiaizad Amar, Penolong Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI)
Ucapan aluan YBrs Ts Haji Azizi Haji Jantan
Ucapan Presiden MITASA YBrs. Encik Saharuddin Lin
Ucapan perasmian Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib
Taklimat program Saringan Risiko Psikososial oleh Pengarah Program Dr. Muhammad Ghazali Matsuri
Kaunter Bank Islam
YBhg. Datuk Naib Canselor UiTM beramah mesra bersama staf PTAR.