Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan Cik Nur Fadhilah binti Arifin, Pelajar Diploma Informatik Perpustakaan (IM144) dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kedah, yang telah tamat tempoh latihan industri di UiTMCT (4 Februari 2024 sehingga 28 Mac 2024). Majlis ini diadakan bertempat di Sudut AZKA@ Library Community Engagement (LCE) dan dihadiri oleh semua staf perpustakaan.

Diharapkan dengan perkongsian ilmu dan pendedahan realiti perpustakaan telah diberikan sepanjang menjalani latihan industri di Perpustakaan Cendekiawan ini dapat memberikan suatu pengalaman yang berguna kepada beliau untuk lebih bersedia memasuki alam pekerjaan pada masa akan datang.

Encik Shahrol Nizam Johol, Timbalan Ketua Pustakawan, mewakili seluruh warga kerja perpustakaan telah memberikan ucapan seterusnya menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada pelajar tersebut.

Selamat maju jaya diucapkan.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply