Mesyuarat Bahagian Perpustakaan, Bacaan Yassin Dan Sambutan Ambang Ramadhan

5 Mac 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah mengadakan Mesyuarat Bahagian Perpustakaan serta Majlis Bacaan Yassin sempena menyambut Ramadhan yang menjelang tiba. Kedua-duanya berlangsung diruangan Library Community Engagement (LCE) bermula dari jam 9.30 pagi hinggan 11.30 pagi bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

Mesyuarat ini telah diketuai oleh Puan Siti Basriyah binti Shaik Baharudin selaku Timbalan Ketua Pustakawan Kanan. Ianya telah dihadiri oleh kesemua staf dan Pustakawan. Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan hasil laporan serta dapatan bagi perpustakaan sepanjang tahun 2023 dan membincangkan hala tuju bagi tahun 2024.

Seterusnya majlis ini dilangsungkan lagi dengan program Bacaan Yassin dan Sambutan Ambang Ramadan yang diketuai oleh Ustaz Mohd Norzarir bin Arshad, Timbalan Ketua Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Perak. Majlis ini diakhiri dengan sesi makan tengahari untuk semua staf, pegawai dan tetamu yang terlibat.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply