Program Read @ UiTM : World #Quran Hour

4 April 2023, Khamis – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Program World #QuranHour 1445H/ 2024M (Surah Al-Jumu’ah), bertemakan Misi Surah Al-Jumu’ah β€œUmmah #GrandReset: Kesatuan & Transformasi Sosial”. Program diadakan secara serentak di seluruh dunia pada jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari, bertempat di ruangan PTAR UiTM Cawangan Melaka, Bahagian / Unit / Premis masing-masing, melibatkan staf PTAR dan warga UiTM Cawangan Melaka. Seramai 314 orang, terdiri daripada staf dan pelajar menyertai Program World #QuranHour.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini. Semoga usaha ini diberkati. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat mencapai objektifnya iaitu menggalakkan interaksi warga kampus dengan Al-Quran serta menggarap nilai-nilai mulia yang dihayati daripada surah-surah dalam Al-Quran.

Sekitar Quran Hour sedang dijalankan

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply