Sesi Libat Urus PTAR bersama Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Melaka.

27 Mac 2024, Rabu – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Sesi Libat Urus PTAR bersama Ketua Pusat Pengajian, Akademi Pengajian Bahasa (APB) , UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah dijalankan secara bersemuka bermula 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi, bertempat di Pejabat KPP, Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dihadiri oleh  Dr. Anuar Sopian, Ketua Pusat Pengajian, Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Melaka, bersama 3 orang staf Perpustakaan  UiTM Cawangan Melaka.

 Objektif Sesi Libat Urus ini adalah :

  1. Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan Akademi Pengajian Bahasa (APB) , UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.
  2. Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka.
  3. Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
  4. Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Akademi Pengajian Bahasa (APB) , UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Sesi Libat Urus diketuai oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, bersama Puan Roslinah Harun, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Sesi di mulakan dengan perbincangan dua hala antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Melaka di mana kedua-dua belah pihak terlibat telah mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan bagi kemajuan bersama.

Inti pati daripada perbincangan dua hala ini, membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kerjasama strategik di antara PTAR dan Akademi Pengajian Bahasa (APB) dalam meningkatkan literasi maklumat melalui program-program yang dijalankan, menjalinkan kerjasama strategik dalam memenuhi keperluan pelajar serta lantikan sebagai Pegawai Perhubungan PTAR 2024/2026. PTAR juga menawarkan konsultasi pencarian artikel berimpak kepada pensyarah yang sedang menyambung pengajian.

Hasil dari Libat Urus ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga kampus.

PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Akademi Pengajian Bahasa (APB) di atas kesudian hadir di dalam sesi libat urus ini.

Sekitar Sesi Libat Urus sedang dijalankan

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply