Program Tazkirah Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran PTAR UiTM Cawangan Melaka

2 April 2024, Selasa – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Program Tazkirah Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini. Program diadakan di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula jam 9.00 pagi yang melibatkan staf PTAR UiTM Cawangan Melaka. Tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Hj. Saiful Anuar Mohamed Sani, Pegawai Kanan, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Melaka.

Program ini adalah sebahagian dari program pengisian rohani yang diharapkan dapat memberikan impak dan mampu membentuk karakter ummah yang berakhlak tinggi, seiring dengan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Terima kasih kepada Ustaz Hj. Saiful Anuar Mohamed Sani di atas penyampaian Tazkirah Ramadan kepada semua staf yang hadir dan semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini. Semoga segala usaha diberkati Allah SWT.

Sekitar Program Tazkirah Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran PTAR UiTM Cawangan Melaka sedang dijalankan

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply