Kunjungan Persatuan Veteran RTM

Rabu,
23 Ramadan 1445H,
3 April 2024M: 

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah dikunjungi oleh Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia (PVRTM) pada: 

Tarikh: 3 April 2024 (Rabu) 
Masa: 2:00 petang hingga 4:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, PTAR

Ts Haji Azizi Haji Jantan telah sudi melapangkan masa menyantuni kunjungan PVRTM yang terdiri daripada: 

  1. Puan Zohara binti Gany – Pengerusi
  2. Datuk Baharuddin bin Aziz – Naib Pengerusi
  3. Hj Sano bin Sengari – Setiausaha
  4. Hj Jamsari bin Ahmad- Bendahari

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi menjalin ukhwah disamping memperkenalkan PVRTM. 

Pada masa sama, PVRTM berhasrat mempromosikan Coffee Table Book yang mengandungi senarai tokoh-tokoh hebat RTM seperti Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin binti Abdul Rahman yang menjadi penaung persatuan ini.

Tidak melepaskan peluang, PVRTM telah dibawa melawat sekitar PTAR sambil mengimbau kenangan sewaktu bergelar pelajar dan staf UiTM. Lawatan ini telah dipandu oleh Puan Zuhaslinda Sulaiman. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply