Program Japanese Cultural Exhibition UiTM Cawangan Terengganu

Pada 11 Mac 2024, Isnin, telah diadakan Program Japanese Cultural Exhibition bertempat di Bangunan Annex Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu, bersempena dengan Program Inbound-Japan Summer Programme Language and Culture 2024. Program ini merupakan anjuran Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT, Bahagian Perhubungan Antarabangsa UiTMCT, dan Gunma University dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Dungun. Seramai 500 orang peserta warga UiTMCT dan komuniti jemputan telah hadir memeriahkan program ini. Objektif utama program pameran ini diadakan ialah sebagai inisiatif pembudayaan ilmu dengan memperkenalkan budaya masyarakat Jepun kepada warga UiTMCT dan komuniti.

Pengunjung telah mula tiba di tapak pameran bermula jam 9.00 pagi, dan terus dibawa berkunjung ke Aras 1 Bangunan Annex Perpustakaan Cendekiawan untuk berinteraksi serta mendengar perkongsian pelbagai topik dari enam buah booth pameran yang dikendalikan oleh 12 orang pelajar dari Gunma University, Jepun.

Pelbagai aktiviti dan kuiz disediakan di setiap booth pameran dengan tawaran hadiah menarik kepada pengunjung yang berjaya menjawab soalan yang disediakan. Pihak Perpustakaan Cendekiawan turut mengambil bahagian menyediakan booth maklumat berkaitan negara Jepun berserta kuiz maklumat dan pameran. Juga diadakan sesi perkongsian bersama pengunjung di Sudut AZKA@Library Community Engagement. Program berakhir dengan sesi bergambar kenangan bagi setiap sekolah yang hadir bersama pihak penganjur.

Turut disediakan ialah booth bergambar bertemakan kebudayaan Jepun, gerai jualan makanan, dan juga minuman percuma kepada yang terawal. Rata-rata pengunjung yang hadir amat berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang untuk mengikuti program ini. Pihak penganjur juga mendapat maklumbalas positif dari semua pelajar Gunma University, Jepun, yang telah mengambil bahagian dalam program ini.

Umumnya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan kehadiran 500 orang pengunjung. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Asmahani, Abdullah, Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply