Zakat Fitrah@PKEJ

Selasa dan Rabu, 15 dan 16 Ramadan 1445H, 26 dan 27 Mac 2024 : Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah menganjurkan program slot pembayaran zakat. Pihak PKEJ telah bekerjasama dengan Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Zainal Abidin,UiTM.

Ustaz Mohd Bakri Bin Aminuddin telah dijemput untuk mengendalikan kaunter kutipan zakat pada hari berkenaan. Dengan adanya kaunter ni, lebih memudahkan urusan pembayaran zakat untuk warga Kolej Pengajian Kejuruteraan khususnya.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kesudian Ustaz Mohd Bakri Bin Aminuddin atas kesudian beliau melapangkan masa bagi menjayakan program bersama ini. Diharapkan, semoga program seperti ini boleh diadakan setiap tahun bagi memudahkan urusan pembayaran zakat.

Norsaliha Mad Mudin PKEJ Shah Alam

Leave a Reply