Program Writing Tools & Techniques Workshop anjuran Perpustakaan Al Bukhari (PAB) dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Pahang telah diadakan pada 21 November 2023, Selasa. Perpustakaan Al Bukhari (PAB) yang berfungsi sebagai pusat ilmu komited dalam membantu penyelidikan terutamanya penyelidik dalam kalangan warga UiTM untuk penulisan akademik. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mempromosikan kemahiran penyelidikan bagi menyokong penulisan para penyelidik UiTM Cawangan Pahang.
Program ini telah dianjurkan di Bilik IT, Perpustakaan Al Bukhari pada jam 9:00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan seramai 40 orang telah hadir dan menyertai bengkel dimana peserta terdiri daripada penyelidik, pensyarah dan pelajar dari UiTM Cawangan Pahang.
Program Writing Tools & Techniques Workshop telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Mohd Zulkhairi Bin Mohd Azam, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Dr. Mohd Zulkhairi Bin Mohd Azam telah berkongsi pelbagai tips penulisan dan memperkenalkan beberapa Artificial Intelligence (AI) writing tools yang boleh digunakan oleh para penyelidik UiTM Cawangan Pahang. Antara Artificial Intelligence (AI) writing tools yang boleh digunakan adalah:
- ChatGPT
- Grammarly
- Tome
- Quillbot
- Writesonic
- Canva
Program ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan kemahiran penyelidikan bagi menyokong penulisan para penyelidik malahan juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk meningkatkan kualiti penulisan seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG): SDG 4 (Quality Education) dan SDG 17 (Partnerships For The Goals).
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan