PROGRAM FORUM ISRAK MIKRAJ UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR TAHUN 1447H / 2026

29 Januari 2025: Forum Israk Mikraj UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar Tahun 1447H / 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh penghayatan serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kampus. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak yang telah berlangsung pada Selasa, 13 Januari 2026 bersamaan 23 Rejab 1447H bertempat di PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Forum ini menampilkan Imam Muda Asyraf dan Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan sebagai ahli panel yang telah menyampaikan kupasan yang bermakna dan menyentuh jiwa berkaitan peristiwa agung Israk dan Mikraj serta pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam kalangan warga kampus. Sesi forum ini telah dikendalikan cemerlang oleh Ustaz Nasrul Ariff Ashraf, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Perak, sekali gus menjadikan perjalanan forum lebih tersusun dan berinformasi.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menyemai kefahaman yang lebih mendalam terhadap kepentingan solat serta memperkukuhkan nilai keimanan dan ketakwaan dalam kalangan warga UiTM. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Forum Israk Mikraj 1447H / 2026 ini.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply