Lawatan Pelajar Orang Asli, Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol

Tajuk : Lawatan Pelajar Orang Asli, Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut

Tarikh : 25 Oktober 2023 Masa : 9.00 pagi

Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.

Pihak perpustakaan telah menerima satu lawatan daripada pelajar orang Asli, Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol Jerantut baru-baru ini. Program ini diadakan adalah untuk memberi motivasi dan semangat kepada anak-anak orang asli yang terlibat tentang pentingnya menimba ilmu .

Lawatan ini seramai 40 orang dan diiringi 2 orang guru pengiring. Lawatan anjuran Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang Para pelajar diberi pendedahan bagaimana perpustakaan di universiti beroperasi serta melihat kemudahan-kemudahn serta perkhidmatan yang di sediakan.

Taklimat ini telah disampaikan oleh En Mohd Fadhli Samsudin, En Hasmadi Hassan dan dibantu oleh pelajar latihan industri Encik Syed Mohd Ezam. Semoga lawatan ini dapat meningkatkan semangat pelajar-pelajar untuk terus menuntut ilmu. Lawatan ini dapat menyokong SDG 4 : Quality Education yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. 

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply