rogram BookBOMB@PAB telah berjaya dilaksanakan pada 14 Januari 2026 (Rabu) bertempat di Ruang Legar Bangunan Fast Track, bermula jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang.
Seramai 120 orang pengunjung telah hadir serta memeriahkan suasana program melalui penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan jelas mencerminkan minat serta respon positif dalam kalangan warga kampus terhadap amalan membaca dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan.
Pihak Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka yang telah hadir serta memberikan sokongan padu terhadap pelaksanaan program ini.
Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan untuk memperkukuh budaya membaca serta memartabatkan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang inklusif dan mesra pengguna seiring dengan SDG 4: Quality Education.






Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan