Pelancaran Ruangan Library Community Engagement PTAR Raub

Program Pelancaran Ruangan Library Community Engagement adalah satu inisiatif PTAR UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub untuk memulakan lembaran baharu dengan acara pelancaran ruangan Library Community Engagement (LCE). Program diadakan pada 20 November 2023, dari jam 10:00 pagi hingga 12:30 tengah hari bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Raub.

Program ini telah melibatkan seramai 13 orang Pengawas Pusat Sumber (PSS) dan dua orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Raub (SEMESRA).

Antara slot khas program pelancaran ini termasuk sesi Taklimat Junior Librarian daripada Pustakawan Cik Muniratul Husna Binti Mohamad Zaki bertujuan untuk memberi pendedahan tentang dunia pustakawan dan penerangan bagaimana perpustakaan di universiti beroperasi.

Pelajar juga dibawa untuk melihat kemudahan-kemudahan fasiliti serta perkhidmatan yang disediakan PTAR Raub oleh Cik Umi Nadia Jalaludin@Kamarudin, Pustakawan PTAR Raub.

Slot kedua disampaikan oleh Encik Khairul Anuar, Pensyarah Undang-Undang Kampus Raub berkongsi proses pendakwaan jenayah di mahkamah Malaysia, dan Encik Mohamad Noor dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, berkongsi mengenai perkhidmatan dan pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mendedahkan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR Raub ia juga bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dikalangan golongan muda sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) – khususnya SDG 4 (Quality Education), SDG 17 (Partnerships For The Goals) dan SDG 16 (Peace Justice & Strong Institution).

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply