Bengkel Pembangunan Klafikasi Fail

Tajuk : Bengkel Pembangunan Klafikasi Fail

Tarikh : 15 Februari 2024 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi – 5.00 Petang

Tempat : Library Community Engagement (LCE) Perpustakaan Al Bukhari, UiTM Cawangan Pahang

Unit Arkib Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail. Bengkel ini disampaikan oleh Puan Azniza Binti Mohamad Nor, Penolong Pendaftar Kanan (Arkib), Ketua Bahagian Pengurusan Rekod, Jabatan Arkib Universiti (JAU), Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam

Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail ini adalah merupakan bengkel pelaksanaan Pembangunan sistem klasifikasi fail lama ke sistem klasifikasi baharu bagi fail Urusan Am dan fail Urusan Fungsian. Klasifikasi Fail dibangunkan berdasarkan fungsi organisasi, jenis perkhidmatan, akauntabiliti dan teknologi yang diguna pakai. Klasifikasi Fail juga disokong oleh kawalan perbendaharaan kata, yang menjamin keseragaman kepada pemberian tajuk dan deskripsi bagi memudahkan capaian dan penggunaan.

OBJEKTIF

• Menyediakan satu kerangka pengurusan rekod sistematik.

• Memberi gambaran fungsi, aktiviti dan transaksi organisasi.

• Perkongsian rekod secara dalaman atau luaran sesebuah organisasi.

• Membantu meningkat capaian, dapatan semula, penggunaan dan penyebaran rekod.

Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply