Live@PTAR Read, Knowledge & Share: Book Review Siri 8

Pada Khamis, 7 Mac 2024 telah berlangsung program Read, Knowledge & Share: Book Review Siri 8 anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau yang dipancarkan secara langsung menerusi saluran media rasmi Facebook dan YouTube PTAR Kampus Rembau.

Bagi siri kali ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menjemput barisan panel-panel hebat terdiri daripada Dr. Mohd Firdauz Fathir, Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media dengan buku pilihan beliau berjudul The Dilemma of Muslim Psychologists oleh penulis Malik Badri. Selain itu, panel jemputan lain termasuklah Dr. Haziah Sa’ari, Pensyarah Kanan Pengajian Sains Maklumat, dengan buku pilihan beliau The Leader in You oleh penulis Dale Carnegie manakala panel jemputan Puan Aisyah Nur Aqilah dari Unit Hal Ehwal Pelajar, UiTM Kampus Rembau dengan buku pilihan berjudul Penggunaan Bahasa dalam Skrip Pengacara (Pengerusi Majlis). Moderator program, Cik Ain Izzatul Aisyah Rusila juga tidak terlepas peluang untuk berkongsikan ulasan buku pilihan beliau, berjudul Jam Loceng Subuh.

Program berbentuk bual bicara buku yang telah memasuki siri ke lapan tersebut menjadi satu platform perkongsian warga UiTM untuk mengulas dan berkongsi pengetahuan menerusi pembacaan buku pilihan masing-masing, sejajar dengan hasrat universiti yang mana pelaksanaan program ini menyokong kepada inisiatif Read@UiTM di dalam usaha mengalakkan warga UiTM untuk membaca buku.

Atas permintaan dan respon daripada panel dan para peserta, program Read, Knowledge & Share: Book Review akan kembali bersiaran pada masa-masa akan datang dengan barisan panel-penel pengulas buku yang baharu. Terima kasih di atas sokongan semua. Tonton semula video penuh di pautan berikut: https://youtu.be/80xwsVvGsZc?si=gUQxQCGOFAdzT67b

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply