“Authors Talk@PTA”: Aku Dia & Kopi

Pada 10 Mac 2024 (Ahad), Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah menganjurkan Program “Authors Talk@PTA”: Aku Dia & Kopi secara hibrid bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE) bagi staf PTA dan secara siaran langsung melalui saluran YouTube rasmi Perpustakaaan Tengku Anis.

Program “Authors Talk@PTA” adalah salah satu program Read@UiTM yang menyokong usaha pembudayaan ilmu dan galakan minat membaca dalam kalangan warga UiTM terutama warga UiTM Cawangan Kelanta serta program yang akan dilakukan secara berkala dengan menjemput staf akademik, staf pentadbiran UiTMCK mahupun penulis luar yang telah berjaya menerbitkan buku di pasaran. Program ini juga sebagai penghargaan kepada barisan staf UiTMCK mahupun penulis jemputan yang telah berjaya menghasilkan buku.

Bagi siri yang pertama bagi program ini, pihak PTA telah menjemput Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin Sul Haimi, Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Islam) UiTMCK yang merupakan penulis bagi buku Aku Dia & Kopi dan moderator iaitu Saudara Muhammad Arief Fiqrie Muryadi, Exco Pembangunan Mahasiswa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Kelantan Sesi 2023/2024.

Sebagai seorang penulis, beliau telah berkongsi intipati buku tersebut, beberapa tips cara penulisan, kekangan yang beliau hadapi dalam usaha menerbitkan buku serta mempromosikan buku nukilan beliau untuk dibeli dan dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Program diakhiri dengan sesi soal jawab daripada peserta dan penonton sama ada secara fizikal dan maya di YouTube.

Semoga program sebegini dapat merangsang minat warga UiTM khususnya UiTMCK untuk turut sama terlibat dalam bidang penulisan buku agar perkongsian pengetahuan dan ilmu dapat disalurkan secara meluas di samping membantu masyarakat serta komuniti meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Pautan siaran langsung: https://www.youtube.com/watch?v=MPEBL10wBWQ

Disediakan oleh:Β Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply