Lawatan Penandaarasan Dari Kolej Vokasional Ipoh, Perak Darul Ridzuan

27 Februari 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menerima kunjungan dari Kolej Vokasional Ipoh yang diketuai oleh Puan Zaiton binti Aniyah (ketua Jabatan Teknologi Awam) bersama 4 orang staf. Lawatan ini bertujuan untuk penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan di Pusat Sumber Kolej Vokasional Ipoh.

Taklimat perpustakaan telah disampaikan oleh Puan Nur Aqilah binti Russli, (Pustakawan Kanan) Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak yang menerangkan perkara perkara berkaitan perkhidmatan perpustakaan, kemudahan yang disediakan kepada secara fizikal mahupun atas talian dan pelbagai jenis koleksi yang disediakan seperti Koleksi Perak dan lain lain. Perbincangan dua hala turut berlangsung sepanjang lawatan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna khususnya warga UiTM Cawangan Perak. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelawat.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Avatar photo
Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply