Kolaborasi PTAR Undang-Undang (PUU) dan Fakulti Undang-Undang (FUU) untuk Pertandingan Moot Mahkamah Undang-Undang Antarabangsa (Peringkat Kebangsaan)

Pada 2 hingga 3 Mac 2024, Fakulti Undang-Undang dan PTAR Undang-Undang (PUU) telah berkolaborasi bersama bagi menjayakan Pertandingan Moot Mahkamah Undang-Undang Phillip C. Jessup 2024.

Untuk program selama 2 hari ini, PUU telah dipilih menjadi ‘holding room’ kepada Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan serta para hakim yang terdiri daripada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil, peguam dan sebagainya. Seramai 45 orang hakim terlibat dengan sesi penjurian dan mereka akan diberi taklimat sebelum setiap sesi pertandingan berlangsung.

Lebih istimewa, kehadiran Yang Berbahagia Tun Ariffin bin Zakaria, Mantan Ketua Hakim Negara sebagai perasmi acara penutup membawa kenangan yang bermakna dan teramat manis buat PUU. Yang Berbahagia Tun telah menyumbangkan sebuah buku dari koleksinya yang bertajuk A Matter of Justice : selected articles and speeches. Semoga Tun sentiasa dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan yang sejahtera.

Tahniah diiucapkan kepada Dekan Fakulti Undang-Undang, Dr. Hartini binti Saripan dan keseluruhan team fakulti di atas penganjuran majlis yang berprestij dan tahniah juga kami ucapkan kepada para pemenang yang akan mewakili Malaysia ke International Law Mooting Competition di Washington DC.

Hanani Rojikin PUU Shah Alam

Leave a Reply