Taklimat Pelan Tindakan Bencana Rekod

Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan telah menjalankan Taklimat Pelan Tindakan Bencana Rekod pada 29 Februari 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Seminar PTA. Taklimat ini melibatkan semua staf unit arkib PTA dan staf PTA. Turut hadir bersama Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA yang merupakan Ketua Unit Arkib. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Waqiyuddin Mohd Dzulkifly dan Encik Mohd Ridzuan Ramli, Pembantu Pustakawan Kanan.

Tujuan taklimat ini adalah:

  1. Memberi penerangan terperinci mengenai tugas serta fungsi UAC kepada semua PTJ di setiap kampus
  2. ⁠Memberi tunjuk ajar mengenai pengurusan rekod kepada semua
  3. Memperluaskan perkhidmatan UAC mengenai pelupusan bahan, penyerahan rekod penting, klasifikasi fail serta sistem OFA kepada semua
  4. Membuat pengauditan pengurusan rekod di setiap bahagian

Semoga melalui taklimat ini dapat memberikan pendedahan dan penerangan yang lebih terperinci kepada semua tindakan awal yang sepatutnya dilakukan bagi mengendalikan rekod apabila berlaku bencana untuk memastikan rekod dipelihara dengan selamat dan baik.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply