Sesi Libat Urus PTAR bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

23 Februari 2024, Jumaat – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Sesi Libat Urus PTAR bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah dijalankan secara bersemuka bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dihadiri oleh Dr. Dziauddin Sharif, Ketua Pusat Pengajian, Encik Mohamad Shafiei Ayub, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka, bersama 6 orang staf Perpustakaan  UiTM Cawangan Melaka.

 Objektif Sesi Libat Urus ini adalah :

  1. Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Melaka
  2. Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka.
  3. Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
  4. Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Melaka

Sesi Libat Urus dimulakan dengan pembentangan Perkhidmatan Perpustakaan Digital dan Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan yang disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, diikuti dengan sesi pembentangan dari Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi yang disampaikan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, serta sesi pembentangan dari Unit Sumber Rujukan Universiti dan Unit Arkib yang disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen, Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Taklimat diakhiri dengan perbincangan dua hala antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Melaka di mana kedua-dua belah pihak terlibat telah mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan bagi kemajuan bersama.

Inti pati daripada perbincangan dua hala ini, membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kerjasama strategik di antara PTAR dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, membincangkan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang diperlukan oleh pihak ACIS semasa kini, khususnya keperluan para pensyarah dan pelajar, serta membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kerjasama di antara PTAR dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, selain penetapan hala tuju yang lebih jelas dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar dan pensyarah serta kaedah memartabatkan penggunaan tulisan jawi.

Hasil dari Libat Urus ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga kampus.

PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Akademi Pengajian Islam Kontemporari  di atas kesudian hadir di dalam sesi libat urus ini.

Sekitar sesi Libat Urus sedang dijalankan

Sekitar perbincangan dua hala antara PTAR dan ACIS

Sesi penyampaian cenderamata kepada pihak ACIS

Sekitar gambar kenang-kenangan PTAR bersama ACIS

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply