Ceramah Israk Mikraj bersama Al-Fadhil Ustaz Roslan Che Rus

13 Februari 2024 – Bersempena dengan sambutan Israk Mikraj 1445H, Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah mengadakan ceramah Israk Mikraj bertempat di ruang LCE.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Roslan Che Rus untuk memberi penghayatan peristiwa Israk Mikraj dalam kalangan audiens. Ceramah yang berlangsung selama satu jam setengah ini antara lainnya mengingatkan para peserta tentang pentingnya mengerjakan solat yang difardukan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk Mikraj.

Turut hadir mengikuti ceramah ini ialah Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar dan Ustaz Zamri Samsudin, Ketua Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Ceramah ini turut disiarkan secara langsung melalui Facebook UHEI UiTMCPP dan ianya telah mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan warga UiTM.

Rakaman video ceramah boleh diakses melalui pautan https://www.facebook.com/uheiuitmcpp/videos/268149586302309

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply