Kelas Digital Percuma Canva (with Introduction to Canva AI)

31 Disember 2023 – Bertempat di Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah berlangsung kelas digital percuma Canva serta pengenalan “Artificial Intelligent” di dalam Canva. Kelas digital percuma anjuran PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Digital Penang ini merupakan kelas kedua yang telah diadakan selepas kelas “ChatGPT” yang diadakan pada tahun 2023.

Seramai 37 orang peserta terdiri daripada staf UiTM Cawangan Pulau Pinang dan komuniti setempat telah mengikuti kelas ini yang berlangsung selama 2 jam. Ianya dikendalikan oleh pasukan pengajar daripada kumpulan #Dah Digital. Sepanjang kelas berlangsung, para peserta telah diberikan penerangan asas mengenai penggunaan Canva disamping berpeluang untuk menyediakan poster promosi Kelas #Dah Digital.

Di akhir kelas, para peserta bergambar beramai-ramai bersama Pasukan #Dah Digital yang turut disertai oleh Encik Khooi Chu Boon, Pengarah SME & Community Development, Digital Penang dan Encik Mohd Elias Akbar Md Ali, Pengurus SME & Community Development, Digital Penang. 

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply