Program Kunjung Hormat PTAR UiTM Cawangan Melaka bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Melaka

5 Februari 2024, Isnin – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Kunjung Hormat bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (TRHEP), UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah dijalankan secara bersemuka bermula 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Hal Ehwal Akademik, KPP1, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dihadiri oleh Ts. Dr. Nadzri Bin Mohd Sharif, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka, Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, bersama 7 orang staf Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka dan 1 orang pelajar Latihan Industri. Program ini mendapat sambutan amat baik dari Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar.

 Objektif utama lawatan kunjung hormat ini adalah :

  1. Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka.
  2. Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka.
  3. Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
  4. Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka.

Sesi Kunjung Hormat dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Encik Norhazlan Nordin kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar di atas kesudian menerima Kunjungan Hormat PTAR, diikuti dengan Taklimat Tadbir Urus Pengurusan PTAR UiTM Cawangan Melaka, pembentangan pencapaian Pelan Perancangan Strategik 2023 PTAR UiTM Cawangan Melaka bagi tahun 2023, hala tuju PTAR bagi tahun 2024, serta pembentangan Unit Arkib Universiti.

Seterusnya diikuti dengan sesi pembentangan dari Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi yang disampaikan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, serta sesi pembentangan Perkhidmatan Perpustakaan Digital dan Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan yang disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka.

Kunjung Hormat diakhiri dengan perbincangan dua hala antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka di mana kedua-dua belah pihak terlibat telah mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan bagi kemajuan bersama.

Inti pati daripada perbincangan dua hala ini, membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kerjasama strategik di antara PTAR dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam meningkatkan literasi maklumat, menerapkan budaya membaca dikalangan pelajar, membentuk kemahiran insaniah serta meningkatkan kemahiran melalui program-program yang dijalankan secara bersasar oleh kedua belah pihak.

Hasil dari Kunjung Hormat ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga kampus.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PTAR atas Kunjung Hormat yang telah berjaya dilaksanakan.

Sekitar sesi Taklimat Tadbir Urus Pengurusan PTAR UiTM Cawangan Melaka yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan

Sekitar sesi pembentangan dari Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi yang disampaikan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan

Sekitar sesi pembentangan Perkhidmatan Perpustakaan Digital dan Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan yang disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan

Sekitar perbincangan dua hala kerjasama antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka

Sesi bergambar PTAR bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply