Mobile Library PKEJ@ Akademi Pengajian Bahasa

7 FEBRUARI 2024 – PTAR Kejuruteraan telah mengadakan satu Program Mobile Library bersama staf di Akademi Pengajian Bahasa. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan, memberi kesedaran dan mempromosikan mengenai kelebihan serta kemudahan yang ada pada PTAR Mobile Apps kepada staf Akademi Pengajian Bahasa.

Program ini diharapkan dapat mendekatkan lagi warga UiTM dari kalangan staf untuk meminjam dan mengunjungi perpustakaan seterusnya dapat menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Perpustakaan.

Terima kasih kepada pihak Akademi Pengajian Bahasa atas sambutan yang diberikan sepanjang berlangsungnya program Mobile Library di lokasi Tuan/ Puan.

Norsaliha Mad Mudin PKEJ Shah Alam

Leave a Reply