Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

29 – 30 Januari 2024, (Isnin – Selasa) – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dan merupakan siri yang pertama dijalankan pada tahun 2024. Bengkel PTBR ini akan di adakan di setiap kampus yang ada di UiTM Cawangan Melaka iaitu Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan dibantu oleh Encik Jonizam bin Abu Kasim dan Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim, Pembantu Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Bengkel selama 2 hari ini telah dihadiri seramai 41 orang peserta yang merupakan wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Tentatif bengkel PTBR adalah seperti berikut:

Hari Pertama

Sesi 1 – Pengenalan Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR)

Sesi 2 – Keperluan Penyediaan PTBR

  • Pembentukan Pasukan Petugas
  • Pengumpulan Maklumat Organisasi
  • Analisa Risiko
  • Kaedah Penilaian Risiko

Sesi 3 – Penyediaan PTBR

  • Sebelum Bencana
  • Semasa Bencana
  • Selepas Bencana

Hari Kedua

Sesi 4 – Demo dan Latihan Amali

  • Kaedah Pemulihan Rekod Terbakar
  • Kaedah Pemulihan Rekod (Penyidaian)
  • Kaedah Pemulihan Rekod (Haba)

Sesi 5 – Pembentangan & Rumusan

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan penerangan berkaitan tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas bencana bagi memastikan rekod dapat dipelihara pada masa akan datang. Bengkel ini juga memberi tunjuk ajar kepada setiap PTJ bagi membangunkan Buku Panduan Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply