PROGRAM SPEED READ PTAR UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR

12 Januari 2024: Program ‘Speed Read’ telah diadakan di PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar bersama para pelajar latihan industri. Program ini telah disertai seramai 5 orang pelajar latihan Industri dan dikendalikan oleh Puan Nur Aqilah binti Rusli (Pustakawan Kanan). Sesi ini telah diadakan di Bilik IT 2 Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Seri Iskandar. Objektif program ini diadakan, untuk memberi pendedahan kepada pelajar latihan industri tentang kemahiran ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah teknik bacaan pantas Skimming & Scanning serta Fixation.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply