Lawatan dari Naib Canselor Universiti Teknologi Mara ke PTAR UiTM Cawangan Melaka

21 Disember 2023, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menerima lawatan dari Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc bersama barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), UiTM Cawangan Melaka, terdiri daripada Prof Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka, Prof. Ts. Dr Azhan Hashim@Ismail, Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Ts. Dr. Nadzri Mohd Sharif, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Dr. Nur Hayati Abd Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri Dr. Mohd Halim Mahphoth, Penolong Rektor, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka, Encik Ahmad Khairuman Md Hasim, Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin, Encik Mior Hishamuddin Ariffin, Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Melaka, Encik Zulkepli Hassan, Timbalan Bendahari Kanan, UiTM Cawangan Melaka, Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka dan Encik Mohd Saini bin Awang, Pengarah Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti, UiTM Cawangan Melaka.

YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin telah dibawa melawat ke ruang utama PTAR untuk melihat Pameran Solidariti Palestin yang telah dihasilkan oleh pelajar Semester 1, MCAAD11, kelas 1A, 1B dan 1C (GDT109), Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Grafik dan Media Digital), Kolej Pengajian Seni Kreatif, Jabatan Seni Reka Grafik dan Digital Media, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Sudut Etiqa Azka PP2, Ruang Library Community Engagement (LCE) dan Unit Arkib Universiti.

Seluruh warga PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih kepada YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin kerana sudi membuat lawatan kerja ke PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Ketibaan Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc bersama barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), UiTM Cawangan Melaka bersama pegawai pengiring di ruang utama PTAR

Sekitar YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin telah dibawa melawat ke ruang utama PTAR untuk melihat Pameran Solidariti Palestin diketuai oleh Encik Ariff Ali, Pensyarah Kanan, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka

Sekitar YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin telah dibawa melawat ke Sudut Etiqa Azka PP2

Sekitar YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin telah dibawa melawat ke ruang Library Community Engagement (LCE)

Sekitar YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin telah dibawa melawat ke Unit Arkib Universiti

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply