Pada 20 November 2023, bengkel “Speed Reading” telah dilaksanakan bersama 28 orang pelajar KPPIM bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi bertempat di Dewan Akademik, UiTMCTKKT. Bengkel yang dilaksanakan selama 2 jam dikendalikan oleh Puan Nurmaisari, Pustawakan dan dibantu oleh 2 orang pembantu pustakawan kanan iaitu Puan Mazliza dan En Faizulkarnain.
Speed Reading module ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan serta penerangan mengenai asas kemahiran dan beberapa teknik bacaan pantas. Beberapa teknik bacaan yang betul turut dikongsikan bagi meningkatkan tahap pembacaan seseorang serta menjimatkan masa.
Selain itu, latihan turut dilaksanakan semasa program berlangsung bagi memberi gambaran yang jelas mengenai Bacaan Secara Pantas atau “Speed Reading”.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca. Ia juga seiring dengan sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti.
Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu