Mobile Library @ Dewan Lestari

Pada 29 November 2023 (Rabu) , Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah bekerjasama dengan MeCFest mengadakan Program Mobile Library yang bertempat di Dewan Lestari, UiTM Kuala Terengganu. Program yang bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 4.30 petang.

Program ini diadakan untuk menggalakkan warga kampus untuk peminjaman buku dari perpustakaan dan memperkenalkan pelbagai perkhidmatan perpustakaan. Antara perkhidmatannya ialah Peminjaman dan pemulangan buku, semakan maklumat am perpustakaan dan perkhidmatan perpustakaan digital.

Selain itu, objektif program ini diadakan bagi memudahkan staf perpustakaan untuk berinteraksi dengan pengguna dan menerangkan mengenai perpustakaan.

Sempena Mobile Library, perpustakaan menetapkan syarat bagi peminjaman yang meminjam lebih daripada 2/3 naskhah buku akan berpeluang mendapat hadiah yang menarik.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus mengenai perkhidmatan di perpustakaan. Program ini turut menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Penulis: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply