Let’s Discover Our Collection @PTAR (Read@UiTM: Mobile Library)

MUKAH, 8 DISEMBER 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengajurkan Program Let’s Discover Our Collection @ PTAR bertempat di Library Community Engagement Space, PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah bermula jam 8:30 pagi sehingga 4:30 petang. Program ini diadakan bersempena dengan program Saringan Kesihatan & Kempen Derma Darah.

Objektif penganjuran proram ini adalah bertujuan untuk mendedahkan bahan-bahan berkaitan budaya Melanau kepada pengguna PTAR dan juga mempromosikan buku-buku baharu yang terdapat di PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah.

Selain daripada itu, pihak PTAR juga mengambil inisiatif untuk mendedahkan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan kepada pengguna melalui satu kaedah permainan iaitu kuiz santai bagi memberikan pendedahan kepada pengguna jenis-jenis perkhidmatan yang boleh mereka dapati di dalam perpustakaan.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply