Kunjungan YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin, Naib Canselor UiTM ke Galeri Islam Nusantara UiTM Cawangan Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 14 DISEMBER 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menerima kunjungan daripada YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin, Naib Canselor UiTM ke Galeri Islam Nusantara UiTM Cawangan Sarawak sekitar jam 12:00 tengahari.

Turut bersama kunjungan tersebut ialah YBsr. Tuan Hj Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar UiTM.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa Mohamadin, Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof. Madya Dr Hasmah Mohidin, Penolong Rektor Kampus Samarahan 2, Prof. Madya Dr. Abdul Razak Bin Abdul Kadir, Penolong Rektor Kampus Mukah, Timbalan-timbalan Rektor, Timbalan Ketua Pustakawan dan Pustakawan PTAR.

Pengurusan PTAR merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin atas kesudian mengunjungi Galeri Islam Nusantara UiTM Cawangan Sarawak.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply