Program Library Street UiTMCT (Disember 2023)

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terenggganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah menganjurkan Program Library Street Disember 2023 bertempat di Dewan Makan Kolej Perhentian pada 6 Disember 2023, Rabu yang lalu.Program ini merupakan siri ke lima ianya diadakan pada tahun 2023, bertujuan untuk mendekati para pelajar dengan membawakan pelbagai aktiviti ilmu bersama koleksi baharu perpustakaan untuk pinjaman.

Pelbagai bahan bacaan terkini dipamerkan seperti bahan bacaan silibus dan bahan bacaan santai mengikut kesesuaian minat pengunjung. Program yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini telah menarik lebih dari seratus orang pengunjung. Puan Ayuzawahie binti Amran,Pembantu Pustakawan Kanan, selaku ketua projek sangat berpuas hati dengan penganjuran program ini kerana telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar.

Turut diadakan sepanjang program ini ialah aktiviti peminjaman dan pemulangan buku; dengan rekod sebanyak 84 buah buku telah dipinjam oleh pengguna, semakan maklumat am perpustakaan, pertandingan menyusun buku serta rujukan perkhidmatan perpustakaan digital. Lebih menarik ialah penganjuran program Blind Date with Books & Review (Me and Lovely Books) yang dikendalikan oleh pelajar praktikal perpustakaan, serta Pertandingan Mini Library Treasure Hunt. Penerangan berkenaan Speed Reading turut diberikan kepada pelajar dan ianya dikendalikan oleh Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan.

E-Merit pelajar, e-sijil penyertaan dan pelbagai hadiah saguhati disediakan kepada pengunjung yang menyertai aktiviti dan program pada hari tersebut.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar tentang perkhidmatan yang ditawarkan kepada warga UiTMCT seterusnya  memupuk budaya membaca dan cintakan ilmu, di samping mendekatkan perpustakaan dengan pengguna.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply