Program PTAR Topia (Read@UiTM: Mobile Library)

KOTA SAMARAHAN, 27 NOVEMBER 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Program PTAR Topia (Read@UiTM: Mobile Library) bertempat di perkarangan luar PTAR Kampus 2 bermula jam 9:00 pagi sehingga 1:00 petang.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan kepada pengguna merangkumi perkhidmatan yang sedia ada dan juga yang terkini. Selain itu, ia juga sebagai salah satu langkah untuk menarik semula perhatian warga UiTM Sarawak dengan aktiviti dan perkhidmatan yang telah disusun khususnya sepanjang tahun.

Program ini telah dikendalikan oleh Encik Dominic Inggu, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Nazlia Farhana Abd Jaffar, Pembantu Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply