LAWATAN AUDIT PENILAIAN AKREDITASI MALAYSIA BOARD OF TECHNOLOGISTS (MBOT) BAGI PROGRAM AS125 (DIPLOMA IN INDUSTRIAL CHEMISTRY TECHNOLOGY)

KOTA SAMARAHAN, 27 NOVEMBER 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menerima kunjungan dari Lawatan Audit Penilaian Akreditasi Malaysia Board Of Technologists (MBOT) bagi Program As125 (Diploma In Industrial Chemistry Technology) bertempat di PTAR Kampus Samarahan 2 sekitar jam 12.00 tengahari.

Lawatan ini adalah merupakan salah satu lokasi lawatan ke fasiliti UiTM Cawangan Sarawak sempena lawatan Audit Penilaian Akreditasi Malaysia Board Of Technologists (MBOT) bagi Program AS125 (Diploma In Industrial Chemistry Technology).

Lawatan ini telah dikendalikan oleh Puan Nur Afeqah Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan dan En. Abang Mohd Farizan Abang Yakup, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Delegasi juga telah diterangkan mengenai koleksi, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan untuk pengguna perpustakaan.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply