Program PTAR Comeback: Book Cafe Day

KOTA SAMARAHAN, 27 NOVEMBER 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Program PTAR Comeback: Book Cafe Day bertempat di perkarangan luar PTAR Kampus Samarahan 2 bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Terdapat pelbagai pengisian menarik sepanjang Book Cafe Day ini berlangsung seperti Self Photobooth, Book Fair, Jualan Minuman dan Makanan, Live Performance dan Game Session.

Terima kasih diucapkan kepada semua vendor yang terlibat dalam program ini iaitu Vixen Studio, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pyorr Malaysia, Austin Carlos dan kepada semua warga UiTM Cawangan Sarawak yang hadir memberi sokongan terhadap progam ini.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply