WEBINAR PENULISAN MENGGUNAKAN PENGKALAN DATA ATAS TALIAN (PDAT): EIKON WITH DATASTREAM BUKA LEMBARAN ILMU BAHARU UNTUK PENSYARAH KAMPUS TAPAH.

15 November 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak Kampus Tapah telah mengadakan webinar Pengkalan Data Atas Talian (PDAT): Eikon With Datasream. Webinar ini telah berlangsung secara atas talian bermula 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari dengan menggunakan platfom Cisco Webex. Webinar ini telah disampaikan Encik Wilson Teo Yang merupakan Pengurus Akademi dari Refinitiv dan Encik Aizu Hakimi, Pustakawan PTAR Tapah bertindak sebagai hos program. Seramai 17 peserta telah menyertai program ini terdiri daripda pensyarah daripada UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.

Eikon with Datastream adalah aplikasi yang dicipta oleh Thomson Reuters (kini Refinitiv) untuk memberikan akses secara real-time kepada data kewangan global kepada profesional kewangan. Aplikasi ini menyediakan data pasaran saham, bon, mata wang, komoditi, serta data ekonomi makro dan mikro. Dengan alat analisis yang kuat, Eikon with Datastream digunakan oleh pelbagai golongan profesional untuk menyokong keputusan pelaburan dan perniagaan mereka. Pada perspektif UiTM pula, Eikon with Datastream sangat membantu pelajar serta pensyarah dalam menganalisis serta menyelidik maklumat berkaitan ekonomi, kewangan dan pelaburan untuk tujuan penulisan ilmiah yang berkualiti.

Encik Wilson Teo telah menerangkan secara terperinci mengenai kaedah menggunakan aplikasi Eikon With Datastream kepada para peserta yang terdiri daripada pensyarah serta rata-rata maklumbalas yang diterima oleh pensyarah adalah amat memberangsangkan. Ini kerana kebanyakan pensyarah menggunakan Eikon with Datastream ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat mengenai data kewangan, ekonomi dan bisnes untuk dimasukkan ke dalam penulisan akademik mereka.

Akhir kata diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang supaya ilmu yang diperoleh dapat membantu meningkatkan kefahaman pengguna khususnya pengguna PDAT Eikon with Datastream serta memudahkan juga pensyarah untuk menghasilkan penulisan yang bermutu tinggi.

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply