Program Read@UiTM: Book Review Session dan Meet & Greet tarik minat pembaca muda UiTM Kampus Tapah.

31 Oktober 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak Kampus Tapah telah mengadakan Program Read@UiTM: Book Review Session dan Meet & Greet bersama dengan salah seorang penulis buku yang bertajuk β€œIntroduction to Actuarial Mathematics”. Penulis tersebut adalah Prof. Madya Zaki Awang Chek yang juga berkhidmat sebagai pensyarah Sains Aktuari di Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) Cawangan Perak Kampus Tapah.

Program yang telah diadakan di Library Community Engagement (LCE) PTAR kampus Tapah juga telah dihadir oleh 50 penonton terdiri daripada pelajar dan juga pensyarah. Encik Aizu Hakimi, Pustakawan juga bertindak sebagai moderator pada program tersebut telah mengajukan pelbagai soalan yang menarik kepada penulis jemputan. Penulis juga telah berkongsi pelbagai pengalaman beliau sebagai seorang penulis dalam bidang aktuari. Para penonton yang hadir juga berkesempatan untuk mengajukan soalan kepada penulis buku pada akhir sesi program.

Akhir kata, diharapkan program seperti ini dapat dilakukan dengan lebih bayak lagi pada masa akan datang supaya dapat memberi inspirasi kepada masyarakat khususnya warga UiTM untuk terus menghasilkan karya penulisan yang bermutu tinggi serta memupuk nilai semangat kecintaan untuk membaca.

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply