Majlis Lambaian Kasih Sempena Persaraan Encik Roslan bin Darmuji, Pembantu Pustakawan Kanan

Pada 21 September 2023, Majlis Lambaian Kasih telah diadakan sebagai tanda ingatan kepada Encik Roslan bin Darmuji, Pembantu Pustakawan Kanan, Perpustakaan Tun Dr Ismail UiTM Cawangan Johor. Beliau telahpun mula cuti bersara mulai 21 September 2023 dan telah bersara wajib pada 1 Oktober 2023.

Majlis turut dihadiri Puan Mawar Noor binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan dan beliau memberikan ucapan penghargaan kepada En. Roslan bin Darmuji atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran semua staf perpustakaan dan pelajar latihan industri. Tayangan video sepanjang perkhidmatan beliau turut ditayangkan sebagai tanda penghargaan dan ingatan kepada yang bersara.

Warga PTDI merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diatas segala jasa, tenaga, dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di Perpustakaan khususnya dan UiTM Cawangan Johor amnya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala  jasa dan pengorbanan yang diberikan. 

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Penulis : Nur Khalila Mohd Khir

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply